Saturday, October 18, 2014

Pantai Kerachut, Pulau Pinang

Dengan kerjasama JPAM SPT,Pulau Pinang. Seramai 40 orang peserta menyertai aktiviti perjalanan lasak ke Taman Negara Pulau Pinang, Pantai Kerachut. Perjalanan dari pintu gerbang Taman Negara ini bermula pada jam 10.00 pagi.

Akibat kurang stamina disebabkan kurang latihan yang dijalankan, perjalanan masuk menjadi agak perlahan. Jam 1.30 petang barulah semua peserta sampai di Pantai Kerachut. Aktiviti latihan menyelamat dijalankan dan peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan dan setiap satunya terdapat 2 pegawai JPAM yang memberi tunjuk ajar.

Jam 3 petang perjalanan keluar dari Pantai Kerachut bermula, Team kami selamat dari diburu hujan. Langit kelihatan begitu gelap seperti lewat petang gayanya. Kami tiba di Teluk Bahang (pintu gerbang Taman Negara) pada jam 6 petang.