Saturday, December 19, 2015

Gua Kandu, Perak

Trip yang paling mencabar dari segi pengurusan.

Bermula dari plan asal bertarikh sekitar bulan Mei tapi terpaksa postponed sebab banyak masalah dalaman dan luaran. Dan plan asal juga nak bawak team ke Gua Tempurung tapi berubah di saat-saat akhir bila contact dengan pihak pengurusan gua, katanya Gua Tempurung ditutup sebab under maintainance (ada batu besar jatuh) dan disyorkan mencuba gua berdekatan iaitu Gua Kandu.

Dalam terpingga-pingga, sebab pertambahan kos di situ (kalau Gua Tempurung RM 11 untuk kategori ketiga, manakala Gua Kandu RM 28 per pax untuk Grand Tour) maka pihak pengurusan terpaksa menelan belanja yang lebih untuk peserta (takkan nak mintak extra money dari peserta plak).

Bertolak dari Pulau Pinang seawal 530 pagi, singgah di RnR Alor Pongsu untuk menunaikan solat subuh dan akhirnya sampai di kaki bukit jam 8.30 pagi. Masing-masing peserta diberi makan pagi dan taklimat keselamatan oleh renjer.

15 orang disertakan 2 orang renjer (RM 30 per renjer). Perjalanan naik ke muka pintu Gua Kandu agak mendaki selama 5 minit. Kemudian di bawa masuk ke Gua Kandu yang 99% untounced, kecuali contengan-contengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dihadiahkan pemandangan stalactite dan stalagmite, serta bahan bijih logam asli di dalam gua, selama sejam perjalanan, kemudian perjalanan menuruni bukit yang sedikit mencuram. Alhamdulillah trip 15 orang kami sukses.

Namun disebabkan bajet masa kami masih panjang. Plan asal kami berubah (sepatutnya ada sedikit latihan orienteering dijalankan oleh peserta) disebabkan kekangan tempat (ruang Gua Kandu adalah milik persendirian), jadi kami bergerak ke Hotspring Sg Klah yang terletak di Sungkai. Kira-kira sejam perjalanan dari Gua Kandu. Bayaran sebanyak RM15 peak hour (selalunya RM12 saja) per pax.

Melepaskan lelah dan bergembira di situ selama 3 jam dan pulang semula ke Pulau Pinang. Sebelum tu singgah dulu di Bidor yang terkenal dengan buah jambu tanpa bijinya. Jam 9 semua peserta selamat sampai di tempat berkumpul.

Team Caving Gua Kandu
19 Oktober 2015


Batu belah batu bertangkup : Gua Kandu



Perjalanan turun : keluar dari Gua Kandu

Sunday, November 22, 2015

Penang Bridge Marathon 2015

Tarikh : 22 Nov 2015

Percubaan pertama untuk turut serta sebagai peserta larian marathon. Selalunya cuma jadi peserta Fun Run. Tahun ni cuba improve dari sebelum ini.

Tapi disebabkan kurangnya latihan (alasan : kesibukan kerja), training sempat dibuat selama 2 minggu sahaja. Dan pencapaian latihan terbaik adalah 6 km. Berdebar-debar takut tak sempat habiskan larian dah kena naik ambulans. Hehehe..

Larian lelaki 10km bermula jam 6.30 pagi bagi peserta perempuan 7 pagi. Mulanya berlari dengan kawan, tapi tak sampai suku perjalanan teman larian dah tak tau ke mana, ditinggalkan atau meninggalkan pun tak pasti. hehehe...

Separuh jambatan dan nampak tanda U-turn, berbunga-bunga hati walaupun sebenarnya moral dah down sangat-sangat. 3km lagi larian, dah demotivated. Nak nangis malu. Nak lari tak larat (itulah kepentingan training, jangan mengelat.hehehe). Tapi disebabkan first time percubaan, consider la kan....saya budak baru belajar.

Akhirnya masa tercatat 1:40:21....ok la tu. Dan tempat disandang 1891 dari 5311. Weeee top 2 thousand for the first trial... congrats to myself..hahaha


First medal from Penang Bridge Marathon in my life

Sunday, October 18, 2015

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Tarikh : 17 Oktober 2015
Peserta seramai 28 orang.

Perjalanan naik bermula dari Moon Gate, Botanical Garden pada pukul 9 pagi. Terdapat banyak laluan yang boleh diikuti untuk naik ke puncak Bukit Bendera yang berketinggian 830m dari paras laut. Perjalanan mengikut denai yang disediakan dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan dan stretching selama 15 minit.

Seterusnya peserta mula mendaki melalui Moon Gate. Perjalanan awalnya terasa mencabar kerana perlu menaiki anak tangga yang disediakan. 3 jam perjalanan, peserta sampai di checkpoint kedua, dan berehat selama 20 minit.

Kemudian pendakian diteruskan, dan peserta ditemani oleh hujan yang lebat. Trek menjadi licin dan becak, menyebabkan perjalanan kami menjadi lebih perlahan  dari sebelumnya, tenaga masing-masing juga makin berkurangan.

6 jam setengah perjalanan, akhirnya kami sampai ke puncak jam 3.30 petang. Menikmati nasi, ayam kicap yang terasa sangat mewah ketika itu (lapar amat). Jam 5petang kami mula beratur membeli tiket untuk turun dari bukit dengan menggunakan tren.

Antara peserta pendakian Bukit Bendera, Pulau Pinang


Perjalanan pendakian Bukit Bendera



Kepenatan dan kesejukan : berehat di puncak Bukit Bendera


Perjalanan turun dari Bukit Bendera : melalui tren

Friday, November 21, 2014

Bukit Tabur,Selangor

Backdated entri,

Perpindahan aku ke Pulau Pinang, dihadiakan dengan satu pengalaman manis oleh seorang sahabat yang mahir dengan aktiviti hiking.

hanya berdua,dimulakan dengan sarapan pagi dengan separuh pinggan nasi lemak,dan berbekalkan air dan doa,kami mula mendaki.

Bukit Tabur,sesuai dengan amatur yang mula berjinak2 dengan aktiviti hiking cenuram. ada 6 tempat yang betul2 mencabar kegayatan aku,disamping kasut yang aku pakai waktu itu amat tidak proper.jadi hikers,make sure your shoes really fit to your feet.tapi dengan nasihat dan bantuan sahabatku,aku berjaya melihat pemandangan kota kuala lumpur dari mata burung. pengalaman yang amat berharga.

Masa perjalanan naik,terserempak dengan solo hiker,mat salleh,tanya dia yang keberapa kali naik bukit tu,dia kata 77 kali..glup...ko ade?

Masa perjalanan naik jugak,berselisih dengan sorang brader yang bawak 2 org anak n bini.respect lu brader n sis,u both of lil' hikers.ko ader?

Masa perjalanan naik jugak,bertembung dengan geng india remaja yang bersemangat nak menawan bukit itu.tapi ada 2 3 ahli mereka yang cukup serik menyertai aktiviti panjat memanjat lagi.

masa untuk turun,tak banyak rintangan seperti mendaki,cuma telah kekurangan tenaga,maklumlah amatur.tapi malu dgn sahabat,digagahi juga untuk turun,akhirnya kami selamay tiba di kaki bukit..

Gunung Stong, Kelantan

Entri ini juga backdated.

Tiga bulan berkahwin,kami belum berhoneymoon.Tetiba fil ajak trip mendaki gunung.terus setuju.bergerak dari penang ke kelantan waktu malam dan tiba di Dabong di sebelah pagi,ambil breakfast dan terus ke Kaki Gunung Stong.

caj naik ditanggung fil,jadi kami disediakan dengan seorang penunjuk arah. menapaklah kumpulan kami ke atas.kegayatan aku tercabar bila melalui kawasan cenuram air terjun di situ.

3 jam mendaki akhirnya kami sampai di tapak perkhemahan.Air terjun 90 darjah sangat mengagumkan disamping menggerunkan.ada juga hikers yang berani berdiri di hujung batu untk the best shot ever.tapi bukanlah pada kami si amatur.

lepas menikmati kesejukan air terjun gunung itu,kami masak dan dinner di situ.kemudian masing2 masuk tidur.jam 2 pagi,kesejukan menusuk ke tulang sum sum.setengah jam sekali aku terjaga.terasa waktu malam itu bergerak terlalu lama. dan akhirnya pagi mula menjelang.

jam 7 kami mula streching supaya tak kekejangan sebelum sampai ke puncak. sungguh kami masih amatur,gunung itu terlalu tinggi untuk ditawan. 5 jam menapak untuk sampai ke Hang Stone.akhirnya kami tiba juga,dan makan tengahari di puncak Stong.sardin dalam tin terasa macam siakap 3 rasa masa tu.

kemudian kami menapak turun,separuh perjalanan,hujung jari terasa amat sengal,tak tahan,aku tanggalkan kasut dan berstokin turun.sila jangan tiru aksi ini ketika hujan,amat licin.

out of schedule,fil yg tunggu di tapak perkhemahan dah tolong mengangkut barang2 kami,jumpa di perjalanan turun. sampai di kaki gunung jam 5.berehat di situ sampai magrib kemudian kami bergerak ke rumah sahabat di situ,untuk bermalam.

keesokan kami ke pasar pagi untuk perkena nasi dagang di situ,namun, bukanlah satu menu yang boleh diterima tekakku.perjalanan diteruskan,kami masuk ke thailand menggunakan bot.selamat tapi amat menggerikan. backpcker wanita,kalau naik moto sewa,sila naik bersama seorang lelaki lagi untuk keselamatan kalian.

tomyam disitu amat menarik,terubat rasa ngeri.tak shopping apa pun terus balik.

Kepong-Kuala Selangor

Sepanjang 3 tahun disitu, tak pernah merasa menaiki bas awam meskipun dari Kepong ke Kuala Lumpur. LRT dan komuter agak biasa, itupun andai punya waktu dan kesempatan untuk ke Kuala Lumpur. Dah memang fi'il aku yang tak berapa suka tempat yang sibuk dan ramai orang. Tapi terfikir pula waktu tu, ruginya aku tak tau jalan-jalan di kawasan Selangor-Kuala Lumpur ni. Jadi aku buat keputusan untuk cuba mencari pengalaman baru.

Keputusan diambil tak lama, cuma dua hari. Aku pun mula mencari-cari kawasan mana yang perlu aku jejaki dulu. Akhirnya Kuala Selangor jadi pilihan. Berbekalkan info dari internet berkaitan tempat-tempat yang boleh aku lawati. Barang-barang asas aku kemaskan masuk ke dalam bag-pack. Tak banyak, hanya berbekal 1 botol mineral besar, 3 ketul apollo layer cake dan tuala.

Berjalan kaki ke bus stop berdekatan yang menghala ke Kuala Selangor, setengah jam menunggu pengangkutan awam itu tiba,akhir penantian berakhir.perjalanan ke Kuala Selangor agak biasa denganku kerana selalu memandu ke sana untuk menjenguk si adik di Unisel. Perjalanan dengan bas ke Kuala Selangor terlompat-lompat disebabkan jalan yang tidak berapa rata.

Aku sampai di penghujung destinasi bas Kuala Selangor,di Bukit Melawati. Disambut dengan telatah monyet di situ. Teruskan perjalanan menapak ke puncak Bukit Melawati,biarpun ada perkhidmatan trem disediakan.sesampai di sana,pemandangan indah saujana mata memandang melihat jauh ke selat melaka. banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di sana,selain berdating,boleh ke muzium permainan di situ,bergambar dengan pemandangan yang indah.

sejam di atas,aku menapak turun dan ke taman paya bakau di sana. dinasihatkan, bagi backpackers wanita seperti aku,sila berjalan dalam kumpulan di sini.sangat-sangatlah bahaya di dalam hutan berseorangan.apa yang menarik di sini selain paya bakau,ada tempat burung-burung bertenggek dan boleh menikmati pemandangan habitat paya bakau. habis layer cake 2 potong,menapak masuk ke sini.

sejam setengah di situ,aku mengambil keputusan untuk menapak ke makan berdekatan,sempat singgah makan cendol bakar di situ.komen : enak.teruskan lagi perjalanan,namun bila seorang wanita berjalan berseorangan ditepi jalan yang sunyi,memang mengundang bahaya.bukan seronok diganggu begitu,aku ambil keputusan untuk berpatah balik.

pelan berubah,aku mula pasang niat untuk menikmati  kelip-kelup namun hari masih terlalu awal.jadi keputusanku itu ditangguh.aku menaiki bas ke klang untuk meninjau-ninjau bandar itu,tapi kecewa belum pun sampai hujan lebat.bila sampai di klang hujan masih belum reda.akhirnya aku mengambil keputusan untuk menaiki bas dan pulang ke kepong.

2 jam perjalanan,aku tiba di kepong hampir magrib. terus ke rumah dan berehat.

Saturday, October 18, 2014

Pantai Kerachut, Pulau Pinang

Dengan kerjasama JPAM SPT,Pulau Pinang. Seramai 40 orang peserta menyertai aktiviti perjalanan lasak ke Taman Negara Pulau Pinang, Pantai Kerachut. Perjalanan dari pintu gerbang Taman Negara ini bermula pada jam 10.00 pagi.

Akibat kurang stamina disebabkan kurang latihan yang dijalankan, perjalanan masuk menjadi agak perlahan. Jam 1.30 petang barulah semua peserta sampai di Pantai Kerachut. Aktiviti latihan menyelamat dijalankan dan peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan dan setiap satunya terdapat 2 pegawai JPAM yang memberi tunjuk ajar.

Jam 3 petang perjalanan keluar dari Pantai Kerachut bermula, Team kami selamat dari diburu hujan. Langit kelihatan begitu gelap seperti lewat petang gayanya. Kami tiba di Teluk Bahang (pintu gerbang Taman Negara) pada jam 6 petang.