Entri ini juga backdated.
Tiga bulan berkahwin,kami belum berhoneymoon.Tetiba fil ajak trip mendaki gunung.terus setuju.bergerak dari penang ke kelantan waktu malam dan tiba di Dabong di sebelah pagi,ambil breakfast dan terus ke Kaki Gunung Stong.
caj naik ditanggung fil,jadi kami disediakan dengan seorang penunjuk arah. menapaklah kumpulan kami ke atas.kegayatan aku tercabar bila melalui kawasan cenuram air terjun di situ.
3 jam mendaki akhirnya kami sampai di tapak perkhemahan.Air terjun 90 darjah sangat mengagumkan disamping menggerunkan.ada juga hikers yang berani berdiri di hujung batu untk the best shot ever.tapi bukanlah pada kami si amatur.
lepas menikmati kesejukan air terjun gunung itu,kami masak dan dinner di situ.kemudian masing2 masuk tidur.jam 2 pagi,kesejukan menusuk ke tulang sum sum.setengah jam sekali aku terjaga.terasa waktu malam itu bergerak terlalu lama. dan akhirnya pagi mula menjelang.
jam 7 kami mula streching supaya tak kekejangan sebelum sampai ke puncak. sungguh kami masih amatur,gunung itu terlalu tinggi untuk ditawan. 5 jam menapak untuk sampai ke Hang Stone.akhirnya kami tiba juga,dan makan tengahari di puncak Stong.sardin dalam tin terasa macam siakap 3 rasa masa tu.
kemudian kami menapak turun,separuh perjalanan,hujung jari terasa amat sengal,tak tahan,aku tanggalkan kasut dan berstokin turun.sila jangan tiru aksi ini ketika hujan,amat licin.
out of schedule,fil yg tunggu di tapak perkhemahan dah tolong mengangkut barang2 kami,jumpa di perjalanan turun. sampai di kaki gunung jam 5.berehat di situ sampai magrib kemudian kami bergerak ke rumah sahabat di situ,untuk bermalam.
keesokan kami ke pasar pagi untuk perkena nasi dagang di situ,namun, bukanlah satu menu yang boleh diterima tekakku.perjalanan diteruskan,kami masuk ke thailand menggunakan bot.selamat tapi amat menggerikan. backpcker wanita,kalau naik moto sewa,sila naik bersama seorang lelaki lagi untuk keselamatan kalian.
tomyam disitu amat menarik,terubat rasa ngeri.tak shopping apa pun terus balik.
No comments:
Post a Comment