Sepanjang 3 tahun disitu, tak pernah merasa menaiki bas awam meskipun dari Kepong ke Kuala Lumpur. LRT dan komuter agak biasa, itupun andai punya waktu dan kesempatan untuk ke Kuala Lumpur. Dah memang fi'il aku yang tak berapa suka tempat yang sibuk dan ramai orang. Tapi terfikir pula waktu tu, ruginya aku tak tau jalan-jalan di kawasan Selangor-Kuala Lumpur ni. Jadi aku buat keputusan untuk cuba mencari pengalaman baru.
Keputusan diambil tak lama, cuma dua hari. Aku pun mula mencari-cari kawasan mana yang perlu aku jejaki dulu. Akhirnya Kuala Selangor jadi pilihan. Berbekalkan info dari internet berkaitan tempat-tempat yang boleh aku lawati. Barang-barang asas aku kemaskan masuk ke dalam bag-pack. Tak banyak, hanya berbekal 1 botol mineral besar, 3 ketul apollo layer cake dan tuala.
Berjalan kaki ke bus stop berdekatan yang menghala ke Kuala Selangor, setengah jam menunggu pengangkutan awam itu tiba,akhir penantian berakhir.perjalanan ke Kuala Selangor agak biasa denganku kerana selalu memandu ke sana untuk menjenguk si adik di Unisel. Perjalanan dengan bas ke Kuala Selangor terlompat-lompat disebabkan jalan yang tidak berapa rata.
Aku sampai di penghujung destinasi bas Kuala Selangor,di Bukit Melawati. Disambut dengan telatah monyet di situ. Teruskan perjalanan menapak ke puncak Bukit Melawati,biarpun ada perkhidmatan trem disediakan.sesampai di sana,pemandangan indah saujana mata memandang melihat jauh ke selat melaka. banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di sana,selain berdating,boleh ke muzium permainan di situ,bergambar dengan pemandangan yang indah.
sejam di atas,aku menapak turun dan ke taman paya bakau di sana. dinasihatkan, bagi backpackers wanita seperti aku,sila berjalan dalam kumpulan di sini.sangat-sangatlah bahaya di dalam hutan berseorangan.apa yang menarik di sini selain paya bakau,ada tempat burung-burung bertenggek dan boleh menikmati pemandangan habitat paya bakau. habis layer cake 2 potong,menapak masuk ke sini.
sejam setengah di situ,aku mengambil keputusan untuk menapak ke makan berdekatan,sempat singgah makan cendol bakar di situ.komen : enak.teruskan lagi perjalanan,namun bila seorang wanita berjalan berseorangan ditepi jalan yang sunyi,memang mengundang bahaya.bukan seronok diganggu begitu,aku ambil keputusan untuk berpatah balik.
pelan berubah,aku mula pasang niat untuk menikmati kelip-kelup namun hari masih terlalu awal.jadi keputusanku itu ditangguh.aku menaiki bas ke klang untuk meninjau-ninjau bandar itu,tapi kecewa belum pun sampai hujan lebat.bila sampai di klang hujan masih belum reda.akhirnya aku mengambil keputusan untuk menaiki bas dan pulang ke kepong.
2 jam perjalanan,aku tiba di kepong hampir magrib. terus ke rumah dan berehat.
No comments:
Post a Comment