Saturday, December 19, 2015

Gua Kandu, Perak

Trip yang paling mencabar dari segi pengurusan.

Bermula dari plan asal bertarikh sekitar bulan Mei tapi terpaksa postponed sebab banyak masalah dalaman dan luaran. Dan plan asal juga nak bawak team ke Gua Tempurung tapi berubah di saat-saat akhir bila contact dengan pihak pengurusan gua, katanya Gua Tempurung ditutup sebab under maintainance (ada batu besar jatuh) dan disyorkan mencuba gua berdekatan iaitu Gua Kandu.

Dalam terpingga-pingga, sebab pertambahan kos di situ (kalau Gua Tempurung RM 11 untuk kategori ketiga, manakala Gua Kandu RM 28 per pax untuk Grand Tour) maka pihak pengurusan terpaksa menelan belanja yang lebih untuk peserta (takkan nak mintak extra money dari peserta plak).

Bertolak dari Pulau Pinang seawal 530 pagi, singgah di RnR Alor Pongsu untuk menunaikan solat subuh dan akhirnya sampai di kaki bukit jam 8.30 pagi. Masing-masing peserta diberi makan pagi dan taklimat keselamatan oleh renjer.

15 orang disertakan 2 orang renjer (RM 30 per renjer). Perjalanan naik ke muka pintu Gua Kandu agak mendaki selama 5 minit. Kemudian di bawa masuk ke Gua Kandu yang 99% untounced, kecuali contengan-contengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dihadiahkan pemandangan stalactite dan stalagmite, serta bahan bijih logam asli di dalam gua, selama sejam perjalanan, kemudian perjalanan menuruni bukit yang sedikit mencuram. Alhamdulillah trip 15 orang kami sukses.

Namun disebabkan bajet masa kami masih panjang. Plan asal kami berubah (sepatutnya ada sedikit latihan orienteering dijalankan oleh peserta) disebabkan kekangan tempat (ruang Gua Kandu adalah milik persendirian), jadi kami bergerak ke Hotspring Sg Klah yang terletak di Sungkai. Kira-kira sejam perjalanan dari Gua Kandu. Bayaran sebanyak RM15 peak hour (selalunya RM12 saja) per pax.

Melepaskan lelah dan bergembira di situ selama 3 jam dan pulang semula ke Pulau Pinang. Sebelum tu singgah dulu di Bidor yang terkenal dengan buah jambu tanpa bijinya. Jam 9 semua peserta selamat sampai di tempat berkumpul.

Team Caving Gua Kandu
19 Oktober 2015


Batu belah batu bertangkup : Gua Kandu



Perjalanan turun : keluar dari Gua Kandu

Sunday, November 22, 2015

Penang Bridge Marathon 2015

Tarikh : 22 Nov 2015

Percubaan pertama untuk turut serta sebagai peserta larian marathon. Selalunya cuma jadi peserta Fun Run. Tahun ni cuba improve dari sebelum ini.

Tapi disebabkan kurangnya latihan (alasan : kesibukan kerja), training sempat dibuat selama 2 minggu sahaja. Dan pencapaian latihan terbaik adalah 6 km. Berdebar-debar takut tak sempat habiskan larian dah kena naik ambulans. Hehehe..

Larian lelaki 10km bermula jam 6.30 pagi bagi peserta perempuan 7 pagi. Mulanya berlari dengan kawan, tapi tak sampai suku perjalanan teman larian dah tak tau ke mana, ditinggalkan atau meninggalkan pun tak pasti. hehehe...

Separuh jambatan dan nampak tanda U-turn, berbunga-bunga hati walaupun sebenarnya moral dah down sangat-sangat. 3km lagi larian, dah demotivated. Nak nangis malu. Nak lari tak larat (itulah kepentingan training, jangan mengelat.hehehe). Tapi disebabkan first time percubaan, consider la kan....saya budak baru belajar.

Akhirnya masa tercatat 1:40:21....ok la tu. Dan tempat disandang 1891 dari 5311. Weeee top 2 thousand for the first trial... congrats to myself..hahaha


First medal from Penang Bridge Marathon in my life

Sunday, October 18, 2015

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Tarikh : 17 Oktober 2015
Peserta seramai 28 orang.

Perjalanan naik bermula dari Moon Gate, Botanical Garden pada pukul 9 pagi. Terdapat banyak laluan yang boleh diikuti untuk naik ke puncak Bukit Bendera yang berketinggian 830m dari paras laut. Perjalanan mengikut denai yang disediakan dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan dan stretching selama 15 minit.

Seterusnya peserta mula mendaki melalui Moon Gate. Perjalanan awalnya terasa mencabar kerana perlu menaiki anak tangga yang disediakan. 3 jam perjalanan, peserta sampai di checkpoint kedua, dan berehat selama 20 minit.

Kemudian pendakian diteruskan, dan peserta ditemani oleh hujan yang lebat. Trek menjadi licin dan becak, menyebabkan perjalanan kami menjadi lebih perlahan  dari sebelumnya, tenaga masing-masing juga makin berkurangan.

6 jam setengah perjalanan, akhirnya kami sampai ke puncak jam 3.30 petang. Menikmati nasi, ayam kicap yang terasa sangat mewah ketika itu (lapar amat). Jam 5petang kami mula beratur membeli tiket untuk turun dari bukit dengan menggunakan tren.

Antara peserta pendakian Bukit Bendera, Pulau Pinang


Perjalanan pendakian Bukit Bendera



Kepenatan dan kesejukan : berehat di puncak Bukit Bendera


Perjalanan turun dari Bukit Bendera : melalui tren